Tiga tips untuk kekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan

by admin on January 15, 2012

Assalamualaikum..

Rasanya sudah sekian lama admin tidak update di blog ini. Jutaan kemaafan admin mohon kepada pembaca setia blog ini. Admin ada beberapa masalah dan hal yang perlu di selesaikan sebelum ini. InsyaAllah admin akan terus update tulisan-tulisan di blog ini bagi memberi sedikit motivasi dan peransang untuk anda terus bahagia dengan rumah tangga yang di bina. Itu adalah objektif blog ini di bangunkan! :D

Semua orang berkahwin kerana inginkan kebahagiaan. Malangnya, kebahagiaan tidak akan tiba jika tiada usaha. Jika kebahagiaan tiba sekalipun, anda perlu berusaha untuk kekalkannya. Jika tidak, ia akan hilang. Dalam artikel ini, anda akan di beri tiga tip untuk kekalkan kebahagiaan dalam perkahwinan.

Tip pertama : Berkomunikasi.

Kebanyakan perkahwinan runtuh kerana pasangan kurang berkomunikasi antara satu sama lain. Apabila anda tidak kerap berkomunikasi dengan pasangan anda, anda tidak akan kenal dia. Akibatnya, anda akan rasa tertekan kerana anda tidak faham apa yang pasangan anda lakukan. Anda mula syak wasangka bukan – bukan terhadap dia. Akhirnya, anda berdua bergaduh.

Sentiasa bercakap dan berkomunikasi dengan pasangan anda mengenai semua perkara termasuklah hal peribadi anda.

Tip kedua : Sentiasa mencari jalan untuk bahagia.

Jika anda berdua bergaduh, anda jangan fikir siapa salah dan siapa betul. Sebaliknya, anda berdua cari jalan penyelesaian terbaik. Cepat – cepat bermaafan dan teruskan hidup dengan bahagia. Setiap masalah dan dugaan yang datang, anda berdua sentiasa duduk berbincang dan fikir jalan penyelesaiannya dengan berfikiran positif. Jangan anggap pasangan anda seperti musuh tetapi sebagai sahabat. Sentiasa cari kebahagiaan dan jangan cuba  memikirkan kesedihan.

Tip ketiga : Bentuk satu pasukan dengan pasangan anda.

Jangan bertindak bersendirian. Sebaliknya bertindak sebagai satu pasukan dengan pasangan anda. Melalui tindakan ini, anda berdua akan lebih memahami dan rapat antara satu sama lain. Jangan biarkan pasangan anda keseorangan, anda perlu bersama dengan dia.

klik banner untuk info lanjut

email

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: